Saturday, August 23, 2008

Kenali pemain simpanan BN FC

[ini sekadar corat-coret pilihanraya. tidak berniat untuk merosakkan undi ataupun menjatuhkan sokongan mana-mana pihak]

Anda mungkin mengenali pemain-pemain utama dalam kempen pilihanraya Permatang Pauh. Apa kata kita mengenali pemain-pemain simpanan mereka pula.

1. Penjaga Gol - Arif Shah
Dengan saiz yang agak 'selesa' beliau telah dipilih untuk menggantikan pemain tengah iaitu pirdaus ismail yang tercedera kerana tersepak peti undi. Agak low profile kerana jarang mewakili pasukannya sebagai pemain utama, namun kemahirannya meredah banjir dan menangkap setiap bait-bait kata pihak lawan dan menyerang kembali membuatkan pasukan lawan agak gusar berhadapan dengannya.

2. Pemain Sayap Kiri - Ezam Mohd Nor
Biarpun memiliki kemahiran tinggi dari segi mengawal sorakan penonton namun begitu kelalaiannya untuk mengawal benteng kiri amat menggusarkan. Beberapa kali telah memujuk jurulatih merangkap ketua pasukan untuk menjadi pemain utama namun tidak dipersetujui pemain-pemain lain. sekiranya tidak bermain, beliau juga bersedia mengangkat kotak minuman untuk dihidangkan kepada pemain-pemain utama.

3. Pemain Tengah Menyerang - Nalakarupan
Pemain ini agak terpinggir sedikit kerana beliau kurang beraksi semenjak berpindah ke pasukan BN FC. Namun, kebolehan pemain ini tidak perlu diragui lagi. Beliau bukan sahaja mampu menangkis setiap kata pengadil mahupun penjaga garisan, malah beliau mampu menyediakan pita rakaman bukti untuk meyakinkan bahawa beliau tidak bersalah. Dipercayai beliau menyimpan CCTV di sekeliling padang dan juga disekililing pinggangnya.

4. Penyerang - Khairy Jamaluddin
Pemain ini cukup gah ketika eranya pada tahun 2004 sehingga 2007. namun selepas BN FC gagal mencatat kemenangan menyeluruh pada kejohanan utama (Mac 2008), pemain ini diam seketika. Dipercayai dia ingin merawat kecederaan hatinya yang luluh akibat tidak dapat menawan Kelantan. Biarpun dikategorikan sebagai pemain yang versatil dalam apa jua bidang, namun kesilapan skil yang dipertontonkan menyebabkan beliau sekadar memanaskan bangku simpanan.

5. Penyerang - Saiful Bukhari
Penyerang muda ini diibaratkan sebagai Theo Walcott yang mempunyai potensi yang cerah dalam bidang politik. Mempunyai semangat yang berani untuk bersumpah dan skil menyerang secara gerila namun beliau juga mempunyai kelemahan iaitu tidak mampu menangkis serangan dari belakang dan agak risau jika ada pemain lawan dibelakangnya. Mungkin beliau masih tidak sedar bahawa peraturan FIFA tidak membenarkan serangan dari belakang dilakukan dan sekiranya bersalah kad merah akan dilayangkan serta-merta kepada pemain yang melakukan serangan itu.

Untuk perlawanan kali ini pihak BN FC tidak berhasrat untuk meletakkan pemain pertahanan didalam senarai simpanannya kerana mengamalkan strategi menyerang habis-habisan. Mereka yakin dengan menyerang sahaja mampu mengalahkan PKR United apatah lagi PKR United kini turut disertai oleh ketua pasukannya merangkap mastermind, Anwar Ibrahim.

No comments: